Salam dari admin....
sepanjang tahun 2009 ni unit Pemasaran & Rekod telah pun melakukan banyak aktiviti marketing
ini termasuk lah sesi kemasukan pelajar serta bengkel2 yang di jalankan dan di sertai.....
kalau di ikutkan takwim sepanjang tahun....
Karnival Pendidikan MARA adalah aktiviti wajib untuk marketing setiap saban tahun.....
kemudian termasuk juga Pameran Kerjaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi
yang juga di buat setiap tahun......
pada masa yang sama aktiviti pemasaran ke sekolah2 juga berlaku ini bagi mengukuhkan lagi hubungan sekolah dengan pihak marketing team seterusnya menambahkan lagi jumlah kemasukan pelajar....
tapi untuk tahun ini buat julung kalinya marketing team mengikuti aktiviti pameran ke kem2 PLKN di seluruh negeri Johor, ini termasuklah negeri Melaka dan juga Negeri Sembilan
walaupun sebelum ini marketing ada juga mengunjungi kem2 PLKN tetapi kali ini marketing team terlibat secara menyeluruh.....selain itu pembabitan dalam pengiklanan juga tidak di lupakan
ini termasuklah pengiklanan ke dalam Surat Khabar dan juga Majalah2 Sekolah.....
pengiklanan melalui web site juga di lakukan dengan melihat ia sebagai altenatif yang terakhir
bagi medium pengiklanan....
marketing team di Kem PLKN sekakap Mersing
ketika pameran di Kem PLKN di Selangor
marketing team di hotel GoldCourse, Klang sempena
Pameran Kerjaya Seminar Guru Bimbingan & Kaunseling Kebangsaan 2009
Sekarang telah pun masuk bulan terakhir bagi tahun ini.....
segala aktiviti marketing telah pun di mulakan
ini kerana kemasukan sesi Disember 2009/Januari 2010 telah pun di wartakan.....
aktiviti marketing di dahului dengan pengiklanan di surat khabar di mana
pengiklanan bermula pada 13 September 2009 di dalam Berita Mingguan
seterusnya pengiklanan ini akan berterusan
sebanyak 6 kali sehinggalah iklan yang terakhir pada 3 Januari 2009.
Pengiklanan di dalam Akhbar tidak berakhir di situ untuk sesi kemasukan kali ini akan di masukan juga
artikel mengenai KPYPJ dan juga kolej2 di bawahnya dalam masa terdekat.......
ini bagi memperkenalkan lagi KPYPJ kepada umum seterusnya meningkatkan lagi jumlah pelajar ke KPYPJ
seterusnya pengiklanan di dalam majalah sekolah di seluruh negeri Johor
iklan ini melibatkan lebih kurang 60 buah sekolah
yang rata-ratanya berminat untuk menyiarkan iklan mengenai KPYPJ
iklan surat khabar pada 22 November 2009
senarai tarikh kemasukan sesi Disember 2009/Januari 2010
pada masa sekarang ini marketing team sedang sibuk memproses data permohonan dan kemasukan pelajar
kerja2 ini akan berlanjutan sehingga akhir bulan Januari 2010
walau bagaimanapun sibuk marketing team tetap tidak melupakan kerja selain marketing.
marketing team turut terlibat dengan aktiviti lain seperti Majlis Konvokesyen, Karnival Sukan IPTS dan juga bengkel SOP yang juga melibatkan marketing team yang berjalan sepanjang tahun ini....
sebelum mengakhiri catatan kali ini pihak admin ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada
bekas Pegawai Pemasaran iaitu Puan Norashikin Rahmat yang Berpasangan dengan En. Abu Bakar
di harapkan agar beliau terus berjaya dan di cucuri rahmat hendaknya.....
sekian dari admin...salam....